Monday, November 1, 2010

Happy Deepavali

Pada tahun 2010, masyarakat Hindu akan menyambut Hari Deepavali pada 05 November bersamaan Hari Jumaat. Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Semasa menyambut perayaan ini segala pertelingkahan dilupakan dan saling bermaafan. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi minyak geliga bagi tujuan penyucian badan. Selepas penyucian, ia bermakna permulaan baru. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil dan patung dewa Hindu akan dikalung dengan kalungan bunga. Perayaan Deepavali juga sinonim dengan Kolam, setiap pintu masuk rumah terdapat Kolam yang diperbuat daripada beras berwarna. Kolam merupakan simbol penyembahan Dewa Kekayaan iaitu Dewa Lakshimi yang akan mengunjungi rumah penganut Hindu.

HAPPY DEEPAVALI

0 comments:

Post a Comment