Hidup manusia dicorakkan dengan adunan pelbagai warna. Warna datang silih berganti dan saling melengkapi. Kadang hitam, kadang putih, kadang merah, kadang kuning. Namun ia tidak bertindak bersendirian, kerana hadirnya putih diikuti dengan hitam, dan warna-warna lain. Tidak dapat dibayangkan jika dunia ini tidak pernah mengenal warna. Pada zahirnya, orang buta barangkali manusia yang tidak banyak melihat warna, deria penglihatannya hanya dapat menangkap warna hitam. Sekurang-kurangnya mereka mengenal satu warna, kerana warna hitam itu juga merupakan sebahagian daripada anggota warna. Apa yang pasti, hidup mereka tidak kosong dan gelap. Si buta juga mampu merasai semarak warna riang, warna kemarahan, dan sebahagian besarnya mungkin warna kesucian. Tuhan menciptakan manusia dengan limpahan warna. Itulah seni yang paling asas dalam hidup. Tuhan kadang memberikan manusia kesempatan untuk memilih warna yang terbaik dalam hidup, tapi ada ketikanya Tuhan mengecat hidup kita dengan warna yang kurang disenangi. Namun Tuhan mampu melihat jauh ke depan, dan Dia tahu ada ketikanya kita harus menghadapi warna kelam agar kita dapat menikmati warna hidup yang lebih baik…
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment